Goh Lan Peng, 67, yang memakai baju T biru dan berseluar pendek kotak-kotak serta memakai kaca mata mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas tuduhan tersebut ketika pertuduhan itu dibacakan kali kedua dalam bahasa Hokien di hadapan Majistret Noor Aini Yusoof.
Lan Peng yang dilihat gelisah pada mulanya mengaku bersalah atas tuduhan itu semasa jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan berkenaan kali pertama kira-kira pukul 10.15 pagi.
Bagaimanapun, setelah diterangkan tentang hukuman dan dibacakan semula pertuduhan tersebut, dia menukar pengakuannya.
Mengikut pertuduhan, Lan Peng didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas doktor Lee Kok Seng, 63, dengan cara menikam mangsa menggunakan sebilah pisau.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada kira-kira pukul 9.15 malam, 15 Disember lalu, di dalam bilik rawatan Klinik Lee, No.29, Jalan Magazine di sini.
Pertuduhan terhadapnya dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Nur Azizah Jaafar mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Lan Peng memberitahu dia mempunyai penjamin dan memohon jumlah jaminan terhadapnya dikurangkan.
Noor Aini kemudiannya membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.
Beliau turut menetapkan 26 Januari depan untuk sebutan semula kes itu bagi mendapatkan laporan perubatan mangsa serta memberi peluang tertuduh melantik peguam. – mynewshub.my
sumber : mynewshub.my
Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter
Make Your Own Gifts Here
Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com
macam2 kreanah manusia ni ada yang mahu dirawat ada yang tak nak dirawat...
ReplyDelete