Wednesday, 21 December 2011

Jeritan Ibu Selamatkan Mangsa Lain

JOHOR BAHRU – Jeritan seorang ibu menyelamatkan empat sekeluarga selepas kedai runcit milik mereka yang terletak di tingkat bawah sebuah rumah kedai di Taman Perumahan Rakyat, Lima Kedai dekat Gelang Patah di sini musnah dalam kebakaran awal pagi ini.

Menurut mangsa, Teh Kim Ton, 37, kebakaran berlaku kira-kira pukul 3 pagi ketika dia bersama ibu, Wong Lian Hoe, 65; bapa, Teh Sooi Phouy, 71, adik lelakinya, Teh Kim Siang, 27, sedang tidur di tingkat atas rumah kedai berkenaan.

“Saya terus terjaga bila dengar ibu menjerit setelah terhidu asap tebal dari kedai runcit kami yang terletak di tingkat bawah.

“Saya tanpa berlengah lagi terus bawa kesemua ahli keluarga turun ke bawah dan nasib baik api belum merebak ke tingkat atas lagi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini.

Kim Ton memberitahu, kebakaran tersebut menyebabkan keluarganya kerugian kira-kira RM500,000 apabila sebahagian besar kedai runcit dan menjual telefon bimbit yang beroperasi sejak lapan tahun lalu musnah dalam kebakaran itu.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pulai, Aminah Saimin berkata, dua jentera masing-masing dari Balai Johor Bahru dan Balai Pulai dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pukul 3.29 pagi.

Beliau berkata, kebakaran yang melibatkan tiga kedai menjual barangan runcit dan telefon bimbit itu berjaya dikawal sejam kemudian dan dipadamkan sepenuhnya pukul 6.06 pagi.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. – mynewshub.my

sumber : mynewshub.my
Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment