Tuesday 27 December 2011

Maut rempuh tembok



Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh tembok batu sebuah rumah di Taman Seremban Jaya di sini semalam.

Kejadian pukul 8.10 pagi itu menyebabkan Yusnizan Yusof, 31, dari Terengganu meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala.

Menurut jurucakap polis, mangsa yang bekerja di sebuah kilang di Senawang dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di kawasan perumahan itu.

“Berdasarkan siasatan awal, motosikal yang ditunggangi mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh tembok rumah itu,” katanya di sini semalam.

Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment