Tuesday 27 December 2011

Kukuhkan hubungan sesama kaum


persefahaman antara kaum di negara ini diperkukuhkan dan dipertahankan 

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu asas persefahaman antara kaum di negara ini diperkukuhkan dan dipertahankan dalam usaha menjamin semua pelan transformasi kerajaan ke arah negara maju 2020 dapat dicapai.

Katanya, persefahaman itu merupakan satu daripada perkara paling utama bagi mewujudkan perpaduan daripada asas-asas yang terbina sejak 54 tahun lalu.

“Kita perlu kukuhkan dan jangan ada pihak yang hendak meruntuh atau meleraikan segala asas yang terbentuk di atas kesepakatan dan kerjasama antara pimpinan yang datang daripada pelbagai kaum dan agama khususnya menerusi konsep kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam meneruskan perjuangan pada masa-masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2011 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang di sini semalam.

Hadir sama ialah isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim serta isterinya, Datin Seri Masnah Rais.

Menurut beliau, masyarakat kini sedia maklum bahawa tumpuan utama diberikan kepada usaha pembangunan masyarakat melalui program transformasi yang dilaksanakan kerajaan iaitu melalui transformasi kerajaan, ekonomi, politik dan sosial.

Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment