Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Shahanim Mohd. Yusof berkata, penyakit NCD seperti serangan jantung, darah tinggi dan kencing manis dapat dicegah pada peringkat awal jika masyarakat sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan.
“Melalui pemeriksaan secara berkala, kita boleh tahu malah mencegah sesuatu penyakit yang boleh mendatangkan bahaya yang ada kalanya datang dalam senyap,” katanya kepada pemberita selepas Program Klinik Bergerak anjuran Puteri UMNO Sungai Petani, di Kampung Komoi dekat sini. – BERNAMA
Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com
0 Comments
Post a Comment