Wednesday, 21 December 2011

117 Petani Di Bachok Terima Bantuan Ihsan


BACHOK – Seramai 117 petani di Kampung Seneng, Jelawat di sini yang mengalami kerugian lebih RM100,000 setelah tanaman mereka rosak akibat penyakit dan banjir baru-baru ini, menerima wang ihsan berjumlah RM58,500 bagi meringankan beban mereka.

Timbalan Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen Bachok, Datuk Dr Ilias Hussin berkata, setiap seorang menerima RM500 bagi membantu mereka mengusahakan tanaman padi dan buah-buahan untuk musim akan datang.

Tanpa bantuan itu sukar bagi mereka untuk mengerjakan tanaman akan datang,” katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian bantuan itu di Kampung Seneng hari ini.

Ilias berkata kebanyakan tanaman petani seperti padi, tembikai, lada dan timun, musnah akibat digenangi air hujan dan serangan penyakit karah.

Seorang petani Suhailan Che Man, 46, berkata beliau mengalami kerugian RM12,000 apabila tanaman tembikai yang diusahakannya di kawasan seluas dua rosak akibat hujan yang berlebihan.

Ibrahim Che Mat, 58, pula berkata, tanaman padi yang diusahakannya seluas satu hektar di luar musim lepas, musnah kerana serangan penyakit karah menyebabkan beliau mengalami kerugian lebih RM8,000. – BERNAMA

Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment