Friday 10 December 2010

cara untuk menjaga hati pasangan kita

Cara untuk Menjaga hati pasangan Kita | Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pasangan kita atau "boyfriend dan girlfriend" adalah orang kedua terapat dengan kita selain daripada family kita (mungkin) . so, menjaga hati dan perasaan si dia adalah penting supaya hubungan antara anda dan dia tidak bercelaru . so adam ada cara yang mungkin boleh kalian amalkan . tips ini adam tulis berdasarkan pengalaman adam . bukan copy & paste ok .



1. Mengambil hati

mengambil hati pasangan adalah pekara umum yang perlu ada . kalau korang berpasangan tapi masing2 tak tahu menjaga hati masing2 tak ke hancur perhubungan korang . so , korang kena pandai ambil hati si dia . layan dia elok2 , cakap elok2 , baru lah si dia rasa senang dan seronok bila bersama korang .
2. Mendengar masalah

setiap pasangan bercinta atau yang sudah pun mendirikan rumah tangga pasti akan menghadapi masalah . so, bila pasangan kita bermasalah (ada masalah , bukan perangai bermasalah k ) mesti dia perlukan seseorang untuk di adu & cerita . so , mesti kitalah yang akan menjadi tempat untuk si dia mengadu masalah . untuk itu , janganlah korang buat dunno je kalau si dia ingin meluahkan perasaan ada berkongsi masalah . cakap sehidup semati kan takkan ada masalah sikit dah tak sudi dengar pula kan . so , korang biarkan si dia meluahkan masalah & cuba berbincang unutk mencari jalan penyelesaian .

3. memberi bantuan


apabila pasangan anda mempunyai masalah yang memerlukan bantuan ; contohnya si dia memerlukan wang untuk rawatan kesihatan or pendapat tentang sesuatu pekara , korang hulurkan sahaja bantuan tak kira bentuk apa sekali pun walaupun sedikit . ini untuk menunjukan bahawa anda sentiasa berada di samping dia taktala si dia menghadapi masalah . jangan pula korang cakap "I tak dapat nak tolong U la " , "masalah I pun tak selesai lagi , ni kan pula nak tolong U" .tak ke kecil hati dia . cakap masa mula bercinta janji nak "susah senang bersama .

4. menghormati keputusan

faktor ini juga penting coz setiap keputusan yang dilakukan antara korang dan dia adalah keputusan yang terbaik . jangan pula korang mengingkari atau memaksa si dia untuk mengubah keputusan . contoh part yang menyedihkan lah . "I nak pergi toilet la U" , "eh , jangan lah . tahan lah U , U sayang I tak? kalau U sayang U tahan k . I taknak berpisah dengan U walau sesaat pun" . jika anda berperangai macam ini elok lah minum air masak banyak2 supaya oksigen masuk dalam kepala otak korang tu k ^^ .
5. jangan mengongkong
pekara inilah yang akan terjadi pada sesetengah perempuan 

kebanyakkan pasangan lelaki akan mengongkong pasangan dia . "nak buat itu tak boleh , buat ini tak boleh , semua tak boleh . benci betul la . benci.benci.benci!!" kata F bukan nama sebenar dalam hatinya . kepada kaum lelaki , janganlah korang kongkong awek korang . sian lah kat dia . dia pun nak menjalani life yang normal juga . percayalah , si dia mesti setia punya . kalau dia tak setia apa susah . poligami ajelah ^^...

so aku rasa inilah kot tips yang penting yang aku boleh cakapkan . korang yang tentukan jalan korang . jangan pilih jalan lurus sangat t masuk gaung plak . pilih jalan yang berlampu supaya hidup korang cerah di masa hadapan

0 Comments

Post a Comment