YURANDA (tengah) berbaring di atas katil, sambil diperhatikan Yusnidar (kanan) dan seorang anggota keluarga di rumah mereka di Meulaboh, Aceh semalam. |
Ibunya, Yusnidar, cuba untuk melarikan diri dari ombak tsunami di Lautan Hindi bersama anak perempuannya dan dua adik beradik lain apabila dia terlepas genggaman ibunya dan dihanyutkan air yang deras itu.
Yusnidar berupaya menyelamatkan dua lagi anaknya namun dia dan keluarganya lain akhirnya terpaksa pasrah dan menerima kenyataan bahawa Mary hilang dan tidak akan kembali.
Bagaimanapun, Rabu lalu, Ibrahim, datuk Mary, menerima seorang tetamu di rumahnya yang ditemani seorang gadis remaja memakai tudung kepala berwarna biru.
Tetamu yang juga pemandu teksi itu berkata gadis berkenaan datang ke kedai kopi Simpang Pelor tetapi hanya mendiamkan diri. Penduduk menyangka dia seorang pengemis dan cuba berbual dengannya.
“Gadis itu mendakwa datang ke sini menaiki bas dari Banda Aceh dan cuba mencari jalan pulang namun tidak tahu bagaimana. Dia juga tidak dapat mengingati nama ibu bapa atau saudara mara kecuali Ibrahim,” kata pemandu teksi berkenaan.
Selepas mendengar penjelasan tetamu itu, Ibrahim segera menyedari gadis itu mungkin cucunya yang sudah lama hilang dan selepas meneliti gadis kurus berkulit gelap, dia yakin gadis itu adalah Mary yang hilang dalam tsunami tujuh tahun lalu. Ibrahim kemudian mengarahkan Yusnidar, 35, dan suaminya Tarmius, 42, datang ke rumahnya dan bertemu Mary.
Kedua-dua Yusnidar dan Tarmius mengesahkan identiti Mary selepas mengenal pasti tahi lalat kecil dan parut di atas keningnya yang diperolehnya ketika berusia enam tahun.
“Tanda lahir pada perutnya dan parut tahi lalat pada wajahnya membuktikan gadis itu anak saya,” katanya kepada AFP menerusi telefon dari rumahnya.
“Saya tidak dapat beritahu anda betapa bersyukurnya saya,” katanya.
Apa yang berlaku kepada Mary selepas dihanyutkan ombak tsunami tidak didedahkan kepada media kecuali sejak beberapa tahun lalu dia ditempatkan di daerah lain di wilayah Aceh.
Laporan menyatakan Mary dipaksa menjadi pengemis sebelum berjaya melarikan diri dan kembali ke kampung halamannya. – Agensi/AFP
Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com
Syukurlahh..
ReplyDeletekesian budak ni... 8 thn kecik2 lagi menjalani hidup tanpa mak ayah,,msti trauma smpai hilang ingatan
ReplyDelete@orang muo itu la... Alhamdulillah dia dah kembali kepada family dia..
ReplyDeletealhmdllh,
ReplyDeleteAlhamdulilah punya la lama kan..umurnya masih panjang lagi..
ReplyDeleteaida yang membacanya pun terasa seronok mendengarnya nie kan pula keluarganya.. Alhamdulillah masih ada jodoh bertemu :)
ReplyDelete