Saturday 26 April 2014

Update firmware kamera DSLR anda untuk gambar yang lebih cantik

Firmware ialah perisian yang berfungsi mengawal perisian sedia ada supaya kerja-kerja yang dilakukan oleh perisian utama berjalan lebih lancar.

Perisian ini akan mengawal bahagian merekod imej kepada kad memori, perhubungan antara kamera dengan lensa, melaras rakaman warna yang lebih bermutu dan banyak lagi,


Kebanyakan kamera DSLR, compact dan video sekarang membolehkan pemilik menaik taraf (update) firmware yang boleh di muat turun daripada internet mengikut jenis kamera.

Sebelum menaik taraf firmware sesebuah kamera, baca dan fahamkan arahan bagaimana hendak memuat turun sesuatu firmware daripada internet.

Untuk memuat turun firmware kamera DSLR, caranya sangat mudah. Hanya buka laman carian di Google dan taip keyword atau kata kunci Nikon firmware update atau Canon firmware update, maka akan keluar paparan alamat untuk laman web camera yang menyediakan firmware update.

Satu lagi cara yang mudah untuk mendapatkan firmware terkini adalah dengan mendaftar dengan pengeluar kamera untuk mendapatkan update dan maklumat terkini melalui email sekiranya terdapat firmware baharu yang akan dikeluarkan.

Selepas proses menaik taraf selesai, firmware yang terkini yang telah di update kekal di dalam kamera bagi memudahkan anda menggunakan kamera tersebut untuk jangka panjang.

Kerana itulah pemilik DSLR perlu menaik taraf firmware sedia ada kepada firmware terbaharu bagi meningkatkan keupayaan kamera dan dalam menghasilkan gambar yang bermutu.

Tags : update firmware, cara update firmware, langkah update firmware, update firmware dslr percuma, firmware update dslr, better image dslr update

0 Comments

Post a Comment