Saturday 26 April 2014

Cara Membayar Yuran Pendaftaran Matrikulasi Sesi 2014/ 2015


Cara bayar yuran pendaftaran matrikulasi sesi 2014/ 2015.

Seperti sedia maklum, matrikulasi adalah sebuah institusi dibawah selia Kementerian Pendidikan Malaysia. Maka, yuran pengajian dan yuran penginapan ditanggung sepenuhnya oleh KPM. Oleh itu, calon hanya perlu membayar yuran pendaftaran hanya sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian. Yuran pendaftaran bagi aliran Sains (PST /PDT) / Teknikal adalah RM 550.00 manakala aliran Perakaunan RM 500.00. Perlu diingatkan bahawa calon wajib membayar yuran pendaftaran menerusi Bank Simpanan Nasional. Resit pembayaran perlu dibawa pada hari pendaftaran ke Matrikulasi.

Kadar Yuran Pendaftaran Matrikulasi Sesi 2014/ 2015

Aliran Sains (PST /PDT) / Teknikal: RM550
Aliran Perkaunan: RM 500

Cara Bayar Yuran Pendaftaran Matrikulasi Sesi 2014/ 2015

Pembayaran yuran pendaftaran  matrikulasi sesi 2014/2015 hendaklah dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa bersama salinan surat tawaran. Sila bawa resit pembayaran BSN pada hari pendaftaran. Bayaran yuran pendaftaran secara tunai atau cek peribadi tidak diterima semasa pendaftaran di kolej.

Elauan Atau Bantuan Kewangan Matrikulasi 2014/ 2015

Elaun Wang Saku sebanyak RM 1,250.00 satu semester atau sejumlah yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh kerajaan bagi pelajar yang layak.

Tags : Cara Membayar Yuran Pendaftaran Matrikulasi Sesi 2014/ 2015 , yuran pendaftaran matrikulasi 2014/2015

0 Comments

Post a Comment