Wednesday, 21 December 2011

300,000 wanita Perancis diarah buang implan

PARIS 21 Dis. – Kira-kira 300,000 wanita Perancis dan berpuluh-puluh ribu wanita di seluruh dunia mungkin perlu mengeluarkan semula bahan implan yang dipakai di payudara mereka selepas beberapa kes kanser dikesan dikaitkan dengan bahan itu.

Keputusan keperluan untuk membuang bahan itu yang dihasilkan oleh syarikat Poly Implant Prothese (PIP), akan diputuskan hujung minggu ini sebaik saja laporan Institut Kanser Kebangsaan dikeluarkan pada Khamis ini.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan berkata, tiada bukti jelas menunjukkan kanser boleh berlaku disebabkan bahan itu dan ia tidak mendatangkan risiko yang membahayakan kesihatan. – AFP


Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment