RADIO Televisyen Malaysia (RTM) telah diberi hak sebagai penyiar rasmi Sukan Olimpik London 2012.
Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf semalam.
Beliau berkata, penyiaran sukan terbesar dunia itu menerusi rangkaian televisyen kerajaan untuk rakyat negara ini adalah tepat malah percuma kepada semua penonton.
“Penyiaran temasya sukan bertaraf dunia menerusi RTM memberi peluang kepada semua rakyat untuk menonton sukan berkenaan tanpa perlu melanggan mana-mana saluran sukan.
“Malah rangkaian televisyen kerajaan ini juga meliputi seluruh pelosok negara dan ia dapat membangkitkan semangat kesukanan dalam kalangan rakyat kerana sukan mampu menyatukan masyarakat,” katanya pada sidang akhbar majlis mempromosi RTM selaku penyiar rasmi Sukan Olimpik 2012 di Kuala Lumpur semalam.
Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhayati Mohd. Ismail pula berkata, kesempatan menyiarkan acara sukan terbesar dunia itu akan digunakan sebaiknya oleh RTM untuk mempromosi penjenamaan semula saluran televisyen berkenaan.
Beliau yakin hak penyiaran Sukan Olimpik yang diberi kali ini dapat membantu menaikkan semula rating penonton RTM memandangkan saluran berkenaan merupakan penyalur maklumat utama di samping menyediakan kepelbagaian program hiburan yang seiring dengan peredaran zaman.
Sukan Olimpik London akan berlangsung pada 27 Julai hingga 12 Ogos tahun depan. - kosmo
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
Adakah skuad bola sepak kita dapat beraksi di Sukan Olimpik 2012???
ReplyDeletePerkara yang Biasa Dilakukan oleh Perempuan Bila Putus Cinta
@diana
ReplyDeletehuhu..silap taip la plak..dah betulkan dah..thanks bgtaw..malu sekejap ^^