Friday 11 April 2014

Trauma payudara diramas rakan sekerja

IPOH - Seorang jurujual wanita trauma dicabul rakan sekerjanya dengan memeluk dan meramas payudaranya dalam kejadian berlaku di sebuah pusat membeli belah di sini, Jumaat lalu.


Gambar Hiasan


Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa yang berusia 19 tahun dipercayai sedang bersiap untuk pulang sebelum rakannya itu datang menghampiri dan mencabulnya.

Menurut sumber, pada keesokannya rakan lelakinya itu mengulangi perbuatan sama sehingga mangsa takut ke tempat kerja.

“Sebelum ini, lelaki terbabit pernah meminta mangsa untuk menciumnya namun tidak dilayan. Mungkin disebabkan ‘dendam’ lelaki itu bertindak mencabul mangsa. Mangsa membuat laporan di Balai Polis Bercham sebelum dirujuk kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh,” katanya.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong mengesahkan menerima laporan itu. -Sinar harian

0 Comments

Post a Comment