Saturday 4 December 2010

Waspada jika alami masalah mulut dan gigi

ini adalah satu lagi tip yang aku dapat hari ini . hahaha. gigi kita merupakan aset yang penting . memiliki gigi yang cantik adalah penting untuk imej seseorang . bayangkan jika anda tidak mempunyai gigi . pasti tidak cantik kan . so aku ada beberapa tanda yang perlu korang ambil serius apabila pekara ini terjadi pada korang .


  1. GUSI BERDARAH  
Gusi berdarah setiap kali memberus gigi adalah petanda awal penyakit periodontal , iaitu sejenis jangkitan yang di sebabkan oleh bakteria yang terdapat pada karang gigi.penyakit ini merupakan penyebab utama gigi tanggal di kalangan orang dewasa .gusi yang bengkak dan mengalami radang juga akan memudahkan bakteria untuk masuk ke dalam tubuh kita seterusnya mengundang lebih banyak penyakit berjangkit .




NGILU & BENGKAK 

waspada jika anda sering merasa ngilu & bengkak2 pada gusi , langit2 mulut , lidah ataupun tekak yang berterusan dari dua minggu . ini kerana  ia mungkin petanda anda mengalami penyakit serius seperti kanser mulut . buat pemeriksaan doktor segera okeyh..


BAU MULUT

umumnya bau mulut dapat kita atasi dengan berus gigi , flossing ,  atau pembersihan karang gigi . Namun jika ketiga2 cara tidak berkesan , korang patut rasa curiga . mungkin ada yang tak kena dengan gigi korang . atau mungkin juga korang di jangkiti sinusitis , diabetes , pengerasan hati , atau ganguan fungsi ginjal .


so , pesanan aku rajin2 lah gosok gigi , jaga gigi tu elok2 . kalo dah xda gigi nanti diri sendiri juga yang susah.

0 Comments

Post a Comment