Wednesday 14 December 2011

Persiapan untuk majlis perkahwinan musnah akibat kebakaran

gambar hiasan | rahsiaperkahwinan.com
Persiapan untuk majlis perkahwinan musnah akibat kebakaran

Perkahwinan merupakan sesuatu yang sangat dinginkan bagi mereka yang bercinta. Apabila saat yang dinantikan itu hampir tiba kita pasti akan rasa teruja.

Tetapi bagi sepasang suami isteri untuk melangsungkan perkahwinan anak perempuan mereka hujung bulan ini musnah apabila semua persiapan yang telah dibuat hangus dalam kebakaran tengah hari tadi.

Rumah pasangan Asli Baring, 48, dan isteri, Zainab Salleh, 47, di Kampung Bukit Tunggal, terbakar pada 12.15 tengah hari melibatkan kerugian dianggarkan RM150,000.

Ketika kejadian, Zainab sedang menyiapkan makanan tengah hari, manakala seorang anaknya, Nor Adlin Qayyum, berada di ruang tamu rumah.

Zainab berkata, hanya kad jemputan perkahwinan anaknya, Nurul Azma, 24, sahaja yang sempat diselamatkan, manakala barangan lain semuanya terbakar.

Nurul Azma yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 31 Disember ini menetap di Kuala Lumpur.

sumber : kosmo
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

2 Comments:

  1. mari baca kisah farah dan my bff. doakan persahabatan kami kekal selamanya.

    http://coretanharapan.blogspot.com/2011/12/tips-menghadapi-kawan-baik-yang.html

    =)

    ReplyDelete