Friday, 9 December 2011

T-Team ikat pemain Bosnia hadapi saingan Liga Malaysia

KUALA TERENGGANU 8 Dis. – Pasukan bola sepak T-Team mengikat seorang lagi pemain import bagi menghadapi persaingan Liga Malaysia tahun depan.

Pengurus pasukan Rozi Mamat berkata berharap Bojan Petrit, 24, berasal dari Bosnia Herzegovina akan dapat membantu T-Team dalam pertandingan itu nanti.

Sebelum ini T-Team telah mengambil bekas pemain pasukan Perlis yang berasal dari Zambia, Zacharia Simikounda.

Pasukan terakhir Bojan sebelum datang ke Terengganu ialah FC Navy Bazar, Bosnia.

Rozi berkata beliau yakin pasukan T-Team akan lebih menyerlah lagi pada tahun depan dengan adanya kedua-dua pemain import berkenaan.

Beliau berkata pasukan T-Team sekarang sedang mengadakan perlawanan persahabatan dengan beberapa pasukan bagi memantapkan pemain import dengan pemain tempatan.

"Apabila selesai semuanya nanti, kita akan baiki mana-mana yang tidak betul sebelum menghadapi kejohanan sebenar,” katanya.

Rozi berkata mutu permainan pemain-pemain tempatan telah meningkat dari semasa ke semasa.

"Sasaran kita sekurang-kurangnya juara liga tahun depan,” katanya.

Pencapaian terbaik T-Team dalam Liga Malaysia ialah melayakkan diri ke pusingan separuh akhir Piala Malaysia tahun lepas. - Bernama


Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment