Saturday 19 April 2014

Cara Upload Video Ke youtube

Anda mempunyai video yang menarik? ingin kongsikan ke youtube tetapi tidak tahu caranya? Teruskan membaca artikel ini kerana admin akan ajarkan cara untuk upload video ke youtube. Caranya mudah sahaja. Anda cuma perlu ikut step dibawah satu persatu.

Artikel ini adalah hasil diolah kembali artikel lama pada tahun 2011 kerana Youtube telah pun upgrade interface mereka.

1. Login masuk akaun gmail.com anda. Kebaikan buat akaun gmail.com ini banyak sebenarnya.
2. Buka laman youtube.com . Lihat pada butang sebelah ruangan search video, anda akan lihat satu button upload.


3. Klik pada butang upload itu dan anda akan dihalakan ke halaman seperti gambar dibawah.


4. Pilih atau drag video yang anda ingin upload tersebut pada ruangan "select file to upload". Selepas itu anda akan dihalakan kepada halaman seperti dibawah


5. Sementara menunggu video anda di upload, anda bolehlah isi maklumat video anda seperti gambar di atas. Apabila video anda selesai diupload, anda cuma perlu tekan butang publish. Tunggu dalam masa 5-15 minit untuk mereka proses video anda.

Kemudian anda boleh menonton video anda di youtube. Selamat mencuba.

0 Comments

Post a Comment