Saturday 19 April 2014

Cara reset password facebook

Anda terlupa password facebook anda? jangan risau. Ada cara untuk dapatkan balik. Cuma apa yang penting ialah pastikan anda ingat password login email yang anda gunakan untuk buat facebook tempoh hari. Ramai orang yang pandang remeh pada benda ini tetapi apabila timbul masalah ini mulalah gelabah.


Ada 4 cara untuk anda dapatkan facebook anda kembali. Tidak kisah sama ada di hack, BF/ GF tukar password sebab jeles ke or apa-apa masalah lain. Tetapi untuk tutorial ini admin akan terangkan cara reset password facebook guna email. sebab lebih mudah bagi admin.


1. Cuba login akaun anda dengan password terakhir yang anda ingat. Sekiranya gagal juga anda akan jumpa seperti gambar di atas. Klik pada butang  Forgotten your password tersebut.

2. Anda akan jumpa seperti gambar diatas. Ini yang admin maksudkan 4 cara reset password facebook anda.

  • Guna google account
  • Gunakan email anda
  • Dapatkan code daripada meseg yang dihantar ke nombor anda ( nombor yang anda linkkan dengan facebook anda)
  • yang satu lagi admin tak pasti sebab tak cuma. macam tak menarik.
Klik pada email me a link to reset my password. Dan anda akan masuk ke halaman seperti dibawah.

 3. Login akaun email anda, anda akan terima meseg pautan sekali dengan code untk reset password facebook anda. Contoh seperti diatas. Kemudian apabila berjaya anda akan dihala kepada halaman seperti dibawah.

 4. Pilih password anda yang baru. pastikan BF/GF anda tidak boleh teka. kemudian tick pada butang log me out of other device. ini bermakna sesiapa yang login facebook anda sama ada dari komputer atau smartphone akan automatik sig out facebook anda.


5.  Hasil selepas reset password anda. Selamat berlaman sosial. sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan admin.

3 Comments: