Monday 12 December 2011

Celcom, Broadcast Australia bida projek TV digital

KUALA LUMPUR 12 Dis. – Celcom Axiata Bhd, yang menandatangani perjanjian konsortium hari ini dengan Broadcast Australia untuk membida projek yang dinanti-nanti, penyiaran televisyen terestrial digital (DTTB), mengunjur potensi pelaburan sebanyak RM500 juta dalam masa tiga hingga lima tahun.

"Jika Celcom mendapat bida bagi reka bentuk, pembinaan dan operasi jangka panjang projek infrastruktur televisyen digital, kami menjangkakan pelaburan pada kira-kira RM500 juta.

"Bagaimanapun, ia akan tertakluk kepada spesifikasi tender,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly selepas majlis menandatangani perjanjian berkenaan di sini.

Peserta industri lain yang meninjau projek itu ialah Telekom Malaysia, Maxis Communications dan YTL Corporation.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dijangka mengumumkan tender itu tidak lama lagi.

Tarikh akhir untuk beralih dari analog kepada digital ialah 2015.

Sementara menunggu pengumuman tender tersebut, kedua-dua pihak akan terus berkerja “di sebalik tabir,” katanya.

"Kami yakin kami mempunyai perkongsian yang kukuh dengan Broadcast Australia, memandangkan rekod kejayaan mereka dalam industri pendigitalan,” katanya, sambil menambah bahawa Celcom tidak akan terlibat dalam menyediakan kandungan. – Bernama


Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment