Monday 12 December 2011

UPM tawar kursus Metodologi Inovasi Feb

KUALA LUMPUR – Fakulti Reka Bentuk dan Seni Bina Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menawarkan kursus Metodologi Inovasi bermula sesi Februari depan bagi melahirkan kumpulan pakar dalam bidang itu.

Naib Canselornya, Datuk Radin Umar Radin Sohadi berkata, kursus itu akan memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengetahuan dan aplikasi berkaitan metodologi, proses inovasi dan penciptaan nilai.

Beliau berkata, pada peringkat awal kursus ini akan dimasukkan dalam kurikulum pengajian siswazah atau dijadikan subjek elektif bagi memperkasa kemampuan penyelidikan pelajar.

"Melalui kursus ini, pelajar akan diajar menguasai proses penjanaan nilai, analisis pasaran, mengadaptasi kaedah penyelesaian dalam proses inovasi dan mengsintesis komponen inovasi dan pengkomersialan.

"Seramai 30 tenaga pengajar terlatih yang masing-masing telah mempunyai produk Harta Intelek (IP) akan ditugaskan mengajar dan membimbing pelajar bagi menghasilkan sesuatu produk hasil inovasi pelajar itu sendiri,” katanya kepada pemberita selepas majlis jamuan bersama media di sini, hari ini.

Beliau berkata, reka bentuk kursus akan berpandukan model lima disiplin inovasi yang telah diperkenalkan oleh Stanford Research International (SRI), Amerika Syarikat yang merangkumi penjanaan idea sehinggalah penjanaan kekayaan. – Bernama

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment