Friday, 9 December 2011

Kastam Melaka pungut RM1.26 bilion

MELAKA — Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Melaka optimis mampu mencapai sasaran kutipan cukai sebanyak RM1.26 bilion bagi tahun 2011, kata pengarahnya Datuk Mohd Nasir Said.
Katanya sebanyak RM1.04 bilion hasil pungutan dicatatkan sehingga kelmarin.

Selain itu, katanya sehingga bulan lepas, pihaknya telah menumpaskan 38 cubaan menyeludup rokok membabitkan nilai rampasan sebanyak RM4.07 juta dengan cukai bernilai RM18.32 juta.

"Nilai rampasan yang melibatkan minuman keras menggunakan label cukai palsu adalah sebanyak RM96,228.97 dengan nilai cukai sebanyak RM251,569.99 melibatkan 11 kes,” katanya pada sidang media selepas Majlis Taklimat dan Pameran Label Cukai Arak Dan Rokok di Wisma Kastam, Ayer Keroh, di sini, semalam.

Katanya dengan kecekapan dan usaha gigih angota KDRM negeri, pihaknya yakin mampu mencapai sasaran pungutan hasil untuk tahun ini. - Bernama

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment