Drogba mempamerkan prestasi cemerlang dan satu gol lagi yang disumbangkan pemain tengah, Ramires untuk membolehkan kelab London itu meraih mata yang diperlukan untuk mara ke pusingan seterusnya.
Ia juga membolehkan jurulatih, Andre Villas-Boas menyangkal kritikan yang mempersoalkan tentang kedudukannya yang dikatakan ibarat telur di hujung tanduk jika Chelsea tersingkir daripada kejohanan tersebut.
Tewas atau seri mungkin akan menyebabkan Chelsea berada di tangga ketiga di belakang Valencia tetapi pasukan yang sudah mara, Bayer Leverkusen seri 1-1 di gelanggang lawan kepada Racing Genk bermakna The Blues menamatkan saingan di tangga teratas dengan mengumpul 11 mata mengatasi Leverkusen (10), Valencia (8) dan Genk (3).
“Kami kini di tangga teratas, ia agak malang buat anda (media) kerana perlu melaporkan kemenangan hebat Chelsea.
“Hanya ada satu kelab yang hebat di negara ini sekarang iaitu Manchester City. Saya harap mereka mara ke peringkat kalah mati tetapi jika mereka layak, itu sudah bagus, jika mereka tidak layak, mereka tetap tidak layak,” kata Villas-Boas.
Chelsea berada pada landasan terbaik selepas Drogba menjaringkan gol pada minit ketiga walaupun Valencia cuba memberi tekanan.
Selain menjaringkan gol pertama dan ketiga, Drogba juga mencipta jaringan Ramires pada minit ke-22 seterusnya mengesahkan kemenangan dan meredakan kerisauan Chelsea yang hampir tersingkir.
Hantaran jauh Daniel Sturridge dari sebelah kanan di tampan oleh bekas pemain sayap Valencia, Juan Mata sebelum melakukan hantaran kepada Drogba yang melepaskan rembatan mengatasi penjaga gol, Diego Alves.
Kelemahan benteng pertahanan, Victor Ruiz membolehkan Ramires menjaringkan gol kedua hasil gerakan menarik Drogba dan Chelsea melengkapkan prestasi terbaik mereka hasil penyudah hebat Drogba pada minit ke-74. – Reuters
Tweet
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
0 Comments
Post a Comment