Friday 30 December 2011

Status keaadan banjir terkini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. seperti yang sedia maklum, musim banjir ini akan melanda kawasan-kawasan yang berhampiran dengan sungai dan juga kawasan-kawasan yang rendah seperti Negeri Johor dan juga Pahang.

Alhamdulillah, keadaan kawasan yang dilanda banjir di Johor dan Pahang beransur pulih setakat pagi ini dan kebanyakkan mangsa sudah pun kembali ke rumah masing-masing

Jumlah mangsa banjir di Johor yang ditempatkan di enam pusat pemindahan yang masih dibuka di Segamat kekal 241 orang daripada semalam.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara, setakat pukul 8 pagi, enam pusat pemindahan itu menempatkan 58 keluarga dari Kampung Spangloi, Kampung Batu Badak, Kampung Sanglang, Kampung Pogoh, Kampung Tandong dan Kampung Kuala Paya.

Sementara itu di Pahang, semua mangsa banjir yang ditempatkan di Balai Raya Kampung Gadak, Rompin dibenarkan pulang malam tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata seramai 15 orang yang ditempatkan di balai raya tersebut dibenarkan pulang pada 8 malam selepas keadaan banjir di penempatan mereka pulih daripada fenomena air pasang. 

sama-sama kita doakan agar kawasan yang terkena banjir itu surut dengan kadar segera sebelum musim persekolahan bermula.

Sumber : metro
Di olah oleh : adam fikri


Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

2 Comments: