Tuesday 27 December 2011

MPK Lupus 17,344 Unit Iklan Tanpa Permit


MPK Lupus 17,344 Unit Iklan Tanpa Permit

KLANG – Majlis Perbandaran Klang (MPK) hari ini melupuskan sebanyak 17,344 unit iklan dan papan tanda yang disita kerana tidak mematuhi peraturan atau tanpa permit sejak Ogos lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPK, Shahrul Hazri Abd Majid berkata, kesemua iklan dan papan tanda itu perlu dilupuskan dengan segera kerana telah rosak selain mengurangkan kos penyimpanan dan ruang yang semakin berkurangan.

“Operasi Sitaan Iklan Haram dijalankan sepanjang masa MPK dan untuk bulan Ogos sebanyak 5,723 unit iklan telah disita.

“Sepanjang September lalu sebanyak 3,299 unit iklan dan papan tanda telah diturunkan selain jumlah terbanyak pada Oktober memperolehi sitaan sebanyak 8,322 unit,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Shahrul Hazri berkata, kesemua unit iklan yang telah di sita itu dilupuskan menggunakan kaedah memotong dan kemudiannya dibuang ke dalam tong sampah.

Menurut Shahrul, sejak Januari hingga Julai 2011 lalu, pihaknya telah melupuskan lebih dari 43,725 unit iklan dan papan tanda yang tidak mematuhi peraturan atau tanpa permit yang telah disita sekitar Klang.

“Proses pelupusan ini selaras dengan tindakan MPK melalui peruntukan di bawah Undang-Undang Kecil 31 (1) Iklan (MPK) 2007,” katanya lagi. – mynewshub.my

Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment