Tuesday 27 December 2011

Dua pelajar perempuan maut dalam kemalangan

hiasan | google
MARAN - Dua pelajar perempuan yang dalam perjalanan pulang dari membeli makanan di pasar malam, maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 3.1 Jalan Maran–Jerantut.

Zalika Idris, 16, dan rakannya yang hanya dikenali Wan Nur Fatihah, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 dekat sini, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Supritendan Ahmad Johari Shahabuddin berkata, dalam kejadian pukul 6.55 petang itu, motosikal yang ditunggangi Zalika dipercayai cuba memotong sebuah kereta sebelum bertembung dengan kereta lain yang datang dari arah bertentangan.

Pemandu kereta itu, Nur Faradilla Abd Rahim, 39, bersama enam penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ahmad Johari berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua pelajar berkenaan tidak memakai topi keledar ketika kejadian. - Bernama

Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment