Tuesday 27 December 2011

Dua Syarikat Kena Denda Curi Air

KUALA LUMPUR – Dua buah syarikat yang beroperasi di Negeri Sembilan dikenakan denda RM36,000 dan RM30,000 masing-masing oleh Mahkamah Sesyen Seremban baru-baru ini selepas mengaku bersalah mencuri air.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) melalui satu kenyataan media memberitahu, kedua-dua denda itu yang paling tinggi pernah dikenakan untuk kes kecurian air yang didakwa oleh SPAN.

“Kedua-dua kes tersebut dituduh di bawah Seksyen 123, Akta Industri Perkhidmatan Air (AIPA) 2006 (Akta 655) dan jika didapati bersalah boleh dihukum hingga RM100,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali.

“Syarikat-syarikat tersebut menyelesaikan denda-denda mereka,” kata kenyataan itu.

Mengulas lanjut kes tersebut, kata kenyataan itu, sebuah syarikat didapati melakukan satu kesalahan dengan membuat penyambungan tidak sah ke sesalur utama Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (SAINS) untuk dua banglo pada 18 Januari 2010 dan didenda sebanyak RM18,000 atau lima bulan penjara.

Kata kenyataan itu, syarikat sama melakukan lagi satu kesalahan dengan membuat penyambungan air tidak sah ke sesalur utama SAINS tanpa melalui sebarang meter air yang sah untuk membekalkan air dan didenda sebanyak RM18,000 atau lima bulan penjara oleh hakim yang sama.

Tambah kenyataan itu, sebuah lari syarikat didapati membekalkan secara tidak sah ke sebuah tapak projek perpaipan pembetungan.

Jelas kenyataan itu, air tersebut digunakan untuk tempat tinggal pekerja di tapak tersebut.

“Penemuan ini dibuat pada 27 Julai 2010 oleh SPAN dan SAINS melalui satu serbuan di kawasan itu dan defendan dihukum denda sebanyak RM30,000 atau tujuh bulan penjara,” kata kenyataan itu lagi. – mynewshub.my

Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment