Saturday 27 August 2011

[INFO] Kaedah “Membayar Dengan Senyuman” Pinjaman PTPTN


Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperkenalkan kaedah “membayar dengan senyuman” bagi membantu peminjam yang dikenakan tindakan senarai hitam atau saman membayar balik pinjaman pelajaran mereka.
Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamed Said berkata melalui pendekatan tersebut,
PTPTN membuka ruang dan peluang kepada peminjam untuk tampil dan mengadakan rundingan bersama bagi mempertimbangkan permohonan rayuan membayar balik secara ansuran.

“Peminjam dan pegawai PTPTN akan bersama-sama berbincang berkaitan amaun pembayaran pendahuluan yang mampu dijelaskan oleh peminjam seterusnya membuat komitmen bayaran secara ansuran yang fleksibel melalui kaedah potongan gaji atau arahan tetap bank,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas mengagihkan 2,500 beg cenderahati sempena Program Merdeka Raya PTPTN di Plaza Tol Gombak di sini hari ini, Ismail berkata peminjam boleh berkunjung ke PTPTN untuk merundingkan jadual pembayaran balik pinjaman yang bersesuaian.
“PTPTN sentiasa mengalakkan peminjam membuat bayaran balik berasaskan kaedah mesra pelanggan membayar dengan senyuman dan sentiasa ingin merapatkan hubungan baik dengan peminjam selaras dengan usaha PTPTN untuk memanifestasikan moto Pelanggan Gembira, Kami Ceria,” katanya.
Ismail berkata jumlah peminjam yang perlu membayar balik pinjaman sehingga 31 Julai tahun ini ialah 961,346 orang dengan jumlah pinjaman kira-kira RM5.43 bilion.
Daripada jumlah tersebut, seramai 715,086 peminjam telahpun melaksanakan pembayaran balik pinjaman PTPTN yang melibatkan amaun bayaran balik sebanyak RM2.63 bilion.
Seramai 246,260 orang atau 25.62 peratus daripada keseluruhan peminjam pula masih belum melaksanakan pembayaran balik pinjaman melibatkan jumlah hutang sebanyak RM1.39 bilion manakala jumlah tunggakan daripada peminjam yang membuatbayaran balik tetapi tidak mengikut jadual pula sebanyak RM1.42 bilion, katanya. -Bernama



sumber rujukan : Blog Apih
Post License @ adamfikri.com. [click to see license] kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
Make Your Own Gifts Here

4 Comments:

  1. ade ke org bayar PTPTN senyum? =.=" xjumpa lagi takat nieh...buat p la apa benda pun...konfem xkan senyum...

    ReplyDelete
  2. @ika
    hehe...memang la dah sebab kena bayar balik.. dah la ada interest lagi.. tpi nak buat mcm mana, dah itu sahaja sumbangan yang org bagi.. ambil je la kan..

    ReplyDelete
  3. bayar dgn senyuman je la.
    senyum tu kan sedekah. haha~

    ReplyDelete
  4. hehe.yelatuh.kalau trase nak pergi pejabat PTPTN, lepas tu kena kat makcik kaunter pejabat PTPTN cakap apesal la budak ni duk senyum2 macam kera busuk. haha.

    ReplyDelete