Saturday 27 August 2011

[Info] Malaysia simpan kuku untuk Cabaran Juara-Juara


Skuad hoki negara tidak akan menyenaraikan beberapa pemain utamanya ke Kejohanan Trofi Asia di Ordos, China demi memberi tumpuan kepada Cabaran Juara-Juara.
Antara pemain yang 'disimpan' oleh jurulatih Tan Beng Hai daripada menyertai rombongan ke Ordos adalah Azlan Misron dan Hafifihafiz Hanafi.

Sebaliknya, Beng Hai mengetengahkan beberapa muka baru daripada skuad remaja 2013 untuk memikul cabaran negara di Ordos pada 3 September ini.

Menurut jurulatih itu, langkah itu adalah untuk memastikan prestasi pemain terbabit pada tahap terbaik apabila bertarung dalam Cabaran Juara-Juara di Afrika Selatan, Disember ini.

''Azlan perlu dipersiapkan untuk menghadapi misi utama Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) pada Cabaran Juara-Juara yang bakal bermula 26 November ini di Afrika Selatan.

''Untuk kejohanan di Ordos, PHM sekadar meletakkan sasaran empat tempat terbaik selain mahu memberikan pendedahan kepada pemain baru.

"Kita tidak turunkan Azlan Misron kerana mahu pemain itu dapat mempertingkatkan kecergasannya melalui pengurusan kecederaan.

"Kita juga tidak mahu terlalu mempamerkan aksi sebenar pada kejohanan di Ordos kerana kejohanan itu tidak mempengaruhi kedudukan ranking dunia," katanya pada sidang akhbar pengumuman 18 pemain untuk menghadapi Kejohanan Trofi Asia di Ordos, di sini, semalam.

Selain Azlan, penyerang Hafifihafiz juga tidak dapat disenaraikan kerana urusan peribadi pemain itu.

"Bagaimanapun kita tetap mempunyai dua pemain muda daripada skuad remaja 2013. Mereka ialah Amir Farid Ahmad Fuzi dan Mohd. Fitri Saari," jelas Beng Hai.

sumber : utusan
Post License @ adamfikri.com. [click to see license] kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment