kawan atau sahabat merupakan orang ke 3 terpenting (bagi aku) selain family & awek aku . huhu . so , aku nak kongsikan sesuatu yang berkait dengan sahabat . ada banyak jenis sahabat . korang tentukan lah korang sahabat jenis yang macam mana .
1. Sahabat Sejati
sahabat sejati adalah sahabat kita yang paling boleh dipercayai . sahabat sejati akan sentiasa membantu kita ketika kita susah , sentiasa menjaga rahsia dan aib kita , membimbing kita kejalan yang benar atau menegur bila kita buat kesalahan . sahabat sejati juga sentiasa berusaha untuk menjaga hati kita . dia tidak akan sesekali mengatakan sesuatu yang boleh menyakitkan hati kita dan dia juga sentiasa berlaku jujur dengan kita .
2. Sahabat ketika gembira
sahabat bergembira adalah sahabat yang sentiasa ada disaat kita happy , sanggup berkongsi pekara2 yang menyeronokan , sentiasa ada bila kita melakukan aktiviti yang menyeronokkan . akan tetapi sahabat ini tidak akan muncul taktala kita ada masalah . dia akan ada bila kita gembira dan tidak akan membantu kita jika kita berduka . so , korang fikir2kan lah .
3. Sahabat Hipokrit
sahabat jenis ini sentiasa mulia di mata kita taw . nampak perfect je . tapi awas . mereka akan berkongsi rahsia dan berjanji untuk menyimpan rahsia , tetapi di belakang kita , mereka akan mengata kita dan menceritakan keburukan kita . mereka akan buat apa sahaja untuk melihat kita jatuh . senang kata lah mereka ni dengki dengan apa yang kita ada . so berhati2 lah ok .
4. Sahabat Udang (ada udang disebalik batu)
sahabat jenis ini memang ramai . aku pun ada kesan 2 3 orang tapi aku tak kan sebutkan lah . sahabat jenis ini selalu mendampingi kita , selalu ajak kita keluar , lepak2 , pergi cc ke , then apa yang berlaku ialah dia suruh kita belanja . bila kita tanya mana duit dia , dia jawab terlupa bawak dompet . alasan bodoh inilah yang aku selalu dengar. bila kita ada duit , kitalah hero kat mata dia , bila pokai , lalu depan rumah pun tak mau . punya berlagak . time duit tak dak buat2 tak kenal je . time ada mula lah menggedik dengan kita . orang macam ini korang tak payah kawan lah . buat sakit hati . taw nak kikis duit kita je .
so , aku harap korang bijak dalam memilih kawan , jangan berkawan dengan orang yang hanya nak tumpang senang dengan kita . nanti bila kita susah orang takkan tolong kita . carilah sahabat sejati . percayalah senang korang masa akan datang..
0 Comments
Post a Comment