Pernah tak korang suka seseorang tetapi bila korang luahkan rasa suka korang orang yang korang suka tu menolak? Kalau ada dia menolak apa yang korang rasa? Apa yang korang lakukan bila cinta korang dah di tolak?
Berusaha
Adakah korang terus berusaha untuk mengambil hatinya? Kebanyakkan orang yang betul2 suka seseorang tu akan terus berusaha sampai orang yang kita suka tu Nampak keikhlasan kita . tetapi tak ramai yang sanggup tahan . kadang2 orang tu bukan saja2 tolak , mungkin dia sedang uji tahap kesungguhan kita . so teruskan berusaha ok.
Tak putus asa / berdoa
Wah2 . bila tak da apa2 tak pula nak berdoa kan . huhu . just joke . erm . kalau la korang betul2 suka kat seseorang tu , korang jangan la give up , korang buatlah apa sahaja yang boleh menghiburkan hati dia tapi jangan lah over sangat . nanti dia rimas pula . sentiasa berdoa memohon pertolongan Tuhan . bukan time nak ngorat orang je kena berdoa ok . kena sentiasa berdoa terutama lepas sembahyang . sembahyang tu wajib kan . so lepas sembahyang korang doa lah sekali .
Bagaimana pula jika korang dah luahkan rasa suka korang then si dia tetap juga tak suka . senang kata memang tak da ruang untuk korang lah . ha . apa yang korang nak buat?
Redha
Kalau da orang tu betul2 tak suka , korang redha jela . mungkin ada kebaikan dia . mana tahu korang dapat yang lebih baik ke .kan?. jangan paksa2 si dia pula . biasakan konsep redha . tak semestinya semua orang berkenan dengan kita . semua orang berbeza taste dia . macam aku orang yang comel2 je suka aku . haha . perasan la plak kan . So, REDHA . ni takdir ok .
Jangan Dendam
Dah kalau tak dapat tu janganlah pula korang berdendam sampai nak benci semua yang ada kaitan dengan dia . benci orang yang dapat dia tak pa lah . huhu . ish… mana boleh benci orang sesuka hati . mana tahu dia suka adik or abang or akak kita ke..kan? so , jangan berdendam . kalau korang berdendam last2 makan diri korang juga .
Berkawan seperti biasa
Mungkin bila kita dah luahkan rasa suka orang yang kita suka tu akan rasa semacam , mungkin dia tidak akan rapat berkawan macam kita seperti dulu selepas peristiwa itu . so ,apa yang korang boleh buat korang cuba berkawan seperti biasa , jangan ada rasa lain . anggap saje yang tak da ape berlaku . mungkin orang tu susah sikitlah nak buat keadaan biasa . ko korang je yang buat . jangan hilang kawan sebab cinta pula taw .
So , ini jelah yang aku rasa aku boleh bagi . aku buat ni coz terjadi kat member aku . so aku cuba tolong solvekan prob dia . selamat mencuba .
0 Comments
Post a Comment