Wednesday 29 December 2010

Fakta menarik

dalam dok seronok baca blog orang aku dapat satu entry menarik yang aku jumpa dalam blog mak aku sendiri. seronok jugak baca . mak aku yang tulis ni.. hahaha .. sumber dari nazlinaao.blogspot.com

1. Orang Kidal Lebih Mudah Cemas...

Kajian menunjukkan orang kidal ini lebih mudah berasa cemas ataupun malu dengan apa yang ingin dilakukan atau dikatakan. Fenomena ini disebabkan wujud perbezaaan kepada daerah otak.  Orang kidal, bahagian otak kanannya lebih dominan, dan inilah bahagian yang mengendalikan emosi negatif. Berbeza dengan individu yang banyak memakai tangan kanan, bahagian otak kirinya yang lebih dominan.


2.Muzik sihatkan pembuluh darah

Jika kena caranya, muzik boleh menjadi ubat yang cukup ampuh.  Ini bukan omongan kosong tetapi ada kebenarannya. Kajian oleh penyelidik di AS menunjukkan bahawa mendengar lagu-lagu kegemaran  ( tidak mengira apa rentak asalkan menenangkan perasaan ) mampu menjadikan salur darah lebih sihat. Muzik membuka salur darah sekaligus merangsangkan pengaliran darah menjadi lebih lancar. So, risiko serangan jantung akan mengecil. Sebaliknya jika mendengar muzik yang tidak digemari...salur darah akan mengecil sekitar 6% 


3.Penggemar coklat berisiko tulang rapuh

Sedapnya jika dapat makan coklat...kadang-kadang terliur pabila melihat orang lain menikmatinya.  Tetapi awas wahai penggemar coklat..Menikmati coklat setiap hari meningkatkan risiko anda menghidap osteoporosis. Kajian doktor menyatakan bahawa makanan kegemaran kebanyakkan golongan wanita ini berisiko terkena osteoporosis jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan wanita yang memakannya hanya seminggu sekali. Sejauhmanakah kandungan coklat menyumbang kepada permasalahan osteoporosis ini masih diteruskan kajiannya...


4. Emosi dapat dibetulkan/ditenteramkan melalui pakaian.

Penukaran pakaian  lebih dari satu pakaian yang dipakai dari pagi sehingga ke malam adalah mempengaruhi emosi kita. Makan di hotel terasa amat enak kerana hidangannya disediakan oleh chef yang berpakaian segak..Pakaian mahal sering disimpan di dalam almari dan menjadi koleksi...sebagai satu cara untuk mengubah emosi kita adalah..sekali sekala..sarungkanlah pakaian yang mahal ini bukan sekadar menunggu ada  function tertentu barulah hendak dikenakan..ada perbezaannya pabila kita memakai pakaian sama ada yang mahal ataupun tidak..berwarna garang ataupun lembut..yang baru ataupun lama..

5. Mandi bukan sekadar bersihkan tubuh

Mandi bukan sekadar membersihkan tubuh dari kotoran dan mengurangkan tekanan tetapi juga dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh selain membantu menghindari kulit daripada penyakit . Malah..jika anda berendam lebihkurang selama 10 minit di dalam air hangat..ia dapat memperbaiki kesihatan jantung tidak kira lelaki mahupun wanita. Mandi dengan air suam sekitar 32 hingga 35 darjah celcius juga dapat mengeluarkan toksin dari tubuh. Begitu juga bagi mengurangkan tekanan..mandi dengan air sejuk akan membantu menenangkan anda dan meredakan ketegangan . Mandi juga dapat mengatasi masalah Ekzema, Selsema/sakit kepala, Imsonia dan juga dapat melancarkan perjalanan darah...

0 Comments

Post a Comment