Sunday 26 December 2010

Adakah lelaki betul2 ikhlas mencintai perempuan

Cuba anda Tanya pada diri anda , adakah kita betul2 ikhlas mencintai orang tersayang kita atau ada sebab2 tertentu (bagi lelaki)? Dan cuba kita Tanya pada diri kita adakah kekasih kita ikhlas mencintai kita ataupun dia mempunyai agenda tersendiri (bagi perempuan)? So,kenali lah pasangan kita dan latar belakang dia . jangan main kapel ikut suka dan paras rupa sahaja . sekarang ini susah nak cari lelaki yang betul2 ikhlas mencintai wanita . aku bukan nak mengata siapa2 Cuma berkongsi pandangan . so , aku dapat mengkategorikan lelaki kepada beberapa tahap . huhu .


1. Lelaki yang setia

Lelaki pattern ini sememangnya 100% setia . bagi perempuan korang tak payah takut laki korang cari lain . kalau laki yang betul2 ikhlas dengan kita (kaum wanita) , dia akan buat apa sahaja untuk membuktikan cinta dan sayang dia . tapi korang jangan kejam sangat pergi curang , tak pun suruh dia buktikan dengan redah lautan api apa semua tu . kalau diorang mati tak ke menjanda awal korang . so , jaga laki yang setia itu . pelihara hatinya.


2. Lelaki mata duitan

Ada juga yang lelaki yang mata duitan atau materialistic . bukan perempuan sahaja tau yang materialistik . lelaki pattern ini minat perempuan2 yang kaya . dia akan menghiris duit kita (kaum hawa) sikit demi sedikit . antara yang dia akan minta seperti yang umum kita buat , topup selalu , keluar girl belanja , tengok wayang girl bayar . kirenya girl lah yang sara laki .sekali sekala tak pa lah nak belanja tapi kalau setiap kali bersama korang yang bayar memang lain maknanya tu . kalau macam ini baik korang cerai je . jangan nanti botak kepala sudah . cari yang betul2 ikhlas dengan kita

3. Lelaki buaya darat

Lelaki jenis ini suka perempuan yang cantik2 sahaja . bukan maksud aku nak menghina yang tak cantik . semua wanita ada daya tarikan masing . so korang jangan rendah diri pula . kita kena bangga dengan apa yang ada pada diri kita . back to topic , lelaki jenis ini senang kata playboy la . asal jumpa perempuan cantik je mula menggatal . cakap single lagi la , baru putus la. Semua tu ayat2 biasa (aku pun pernah guna dulu . hehe). Korang kena pantau juga aktiviti laki korang . pasang spy ke . nanti jangan korang kena tinggal pula .


4. Lelaki bernafsu
Seperti yang semua tahu , laki dan perempuan dicipta berpasangan kan . so , nafsu tu kira wajib ada lah pada lelaki . lelaki yang tak bernafsu tu geng2 “DONUT” je. Haha .lelaki jenis ini biasanya suka pada perempuan sebab ala korang paham2 jela . dia akan janji untuk setia apa semua bila dah tak ada apa yang nak di minta korang akan ditinggalkan . so berhati2 , jangan mudah cair dengan janji2 manis . kena ayat power sikit dah cair . kalau korang mengandung dia akan bersama korang ke? Tak kan . so, fikir masak2 sebelum buat sesuatu pekara .

5. Lelaki gatal (alam maya)

Lelaki gatal ini boleh dikategorikan dalam lelaki bernafsu dan buaya darat juga tetapi hanya pada internet . contoh yang mudahlah , Facebook . ada juga kes lelaki kapel 5 orang ,tetapi tak kantoi pun walau dalam FB . dahsyat kan . senang je nak buat . dia akan buat profile yang berbeza menggunakan gambar dia , setiap profile dia akan block atau blacklist awek2 yang dia kapel . so ,masing2 tak kan bertemu antara 1 sama lain la . senang kata kat 5 5 FB buat “mempunyai hubungan” dengan awek2 dia , tetapi awek2 dia tak kan pernah tahu . sian perempuan kan .






Banyak lelaki yang main perasaan perempuan . kalau yang betul2 setia aku respect gilerlah . sorang awek dah cukup .kalau banyak2 nanti otak kita juga yang serabut . pada perempuan , waspadalah korang . janga jadi mangsa buaya darat sudah .

3 Comments: