Wednesday, 30 April 2014

7 Jenis makan yang tidak sesuai untuk bayi

Menjaga bayi admin kira bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan admin pun masih belum kahwin. Oleh banyak pekara yang perlu di ketahui oleh pasangan yang masih lagi mempunyai bayi. Banyak pekara yang kalian perlu jaga dan pantang agar bayi anda membesar dengan sihat. Oleh itu, pemakanan juga penting dalam proses tumbesaran bayi anda. Admin akan kongsikan jenis-jenis makan yang tidak sesuai untuk bayi anda.

Berikut adalah jenis-jenis makanan yang sememangnya sangat baik untuk keperluan seorang dewasa namun tidak sesuai sekali diberi kepada seorang bayi:

1. Garam
Garam perlu dielakkan sehingga bayi berusia 12 bulan. Buah pinggang bayi dipercayai masih belum cukup matang untuk memproses garam pada usia ini

2. Gula
Gula yang berlebihan tidak diperlukan untuk pertumbuhan seseorang bayi. Gula hanya akan menyumbang tenaga (KJ) tanpa sebarang nutrisi yang baik.

3. Madu
Bayi di bawah umur 12 bulan tidak digalakkan memakan madu kerana kemungkinan kewujudan bakteria yang boleh membahayakan kesihatan bayi

4. Jus buah pekat
Jus perlu dicairkan dalam nisbah 1 bahagian jus : 10 bahagian air.

5. Putih telur
Putih telur boleh menimbulkan reaksi alergik, oleh itu dinasihatkan tidak diberi kepada bayi di bawah umur 12 bulan. Bagaimanapun kuning telur boleh mula diberi kepada bayi yang berusia 9 bulan ke atas

6. Susu lembu
Susu lembu hanya boleh diberi sebagai minuman utama bayi yang berusia 12 bulan ke atas. Susu lembu tidak mempunyai vitamin dan mineral penting yang cukup untuk pertumbuhan bayi.

7. Susu rendah lemak
Jangan beri susu rendah lemak, susu cair mahupun susu tanpa lemak sebagai permulaan kepada bayi anda. Makanan rendah lemak tidak akan memberi tenaga yang cukup untuk pertumbuhan yang sepatutnya.


Sumber : ammboi.com

0 Comments

Post a Comment