Wednesday, 30 April 2014

Diana Danielle Dikecam Isu Muat Naik Gambar Mesranya

Baru-baru ini Diana Danielle telah memuat naik sekeping gambar yang telah menjadi perbualan hangat dan viral di laman sosial dan mencetuskan kontroversi.

Gambar yang menunjukkan kemesraan anatar Diana & Farid Kamil menimbulkan rasa kurang senang ramai pihak. Gambar yang ber"caption" , “Tadi bermanja dgn dakcik.. Sekarang saya kacau daksar pula :p”.

Ramai pengikut akaun Instagram Diana Danielle menyifatkan tindakan Diana itu tidak sepatutnya dilakukan. Ini kerana kemesraan antara suami dan isteri tidak perlu dan tidak baik dipamerkan pada khalayak ramai lebih-lebih lagi mereka sebagai selebriti. Walaupun dah halal sekali pun, ia bukanlah satu lesen untuk mendedahkan keintiman kepada umum.

Diana telah memberikan penjelasan kepada seorang pengguna instagram bernama Liza yang dia pada ketika itu sedang duduk di sebelah suaminya yang sedang berehat di sofa.

“Dear Liza, i was sitting next to my husband while he was chilling on the sofa and i took a picture. Nothing wrong with that.” Pen patah

0 Comments

Post a Comment