Monday 21 April 2014

Tayar Rosak, Penerbangan MAS MH192 ke Bangalore berpatah balik

KUALA LUMPUR - Pesawat MH192 milik syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang menuju ke Bangalore, India hari ini berpatah balik selepas mengalami kerosakan gear dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melalui laman Twitternya berkata, pesawat itu membuat pendaratan cemas pada pukul 1.56 pagi dan semua penumpang serta anak kapal selamat.


Beliau dalam perjalanan ke KLIA. Penerbangan MH192 berlepas dari KLIA pada pukul 10.09 malam tadi dengan 159 penumpang dan tujuh anak kapal, bagaimanapun pada pukul 12.40 tengah malam, ia menghantar tweet sedang berpatah balik.

Dalam kenyataan media pada pukul 1.35 pagi, MAS berkata, gear mendarat sebelah kanan pesawat itu rosak semasa berlepas dan pesawat itu dijangka membuat pendaratan cemas pada pukul 2 pagi.

"Penerbangan MH192 itu menggunakan pesawat B737-800 dan dijadual tiba di Bangalore pada pukul 11.35 malam hari yang sama (semalam).

"Penerbangan itu membawa sejumlah 166 orang termasuk 159 penumpang dan tujuh anak kapal," menurut MAS. - Bernama

Sumber
Sumber : myMetro

0 Comments

Post a Comment