Saturday 26 April 2014

Sapu najis burung untuk rawatan muka

Harry Styles, ahli kumpulan One Direction meletakkan najis burung pada wajahnya ketika menghadiri kursus rawatan intensif yang dikenali sebagai rawatan Geisha.

Harry melakukan perkara itu sebagai langkah terdesak untuk menghapuskan jerawat pada muka sebelum siri penjelajahan konsert bersama kumpulannya.


Sumber rujukan dari mstar online memberitahu, Harry melakukan rawatan itu pada setiap hari kerana menderita dengan masalah kulit mukanya sejak sekian lama.

Kata sumber itu, Harry mendengar satu kaedah rawatan pelik untuk memulihkan kulit muka iaitu menggunakan serbuk yang mempunyai campuran air, beras dan juga najis daripada burung Bulbul.

Walaupun kaedah itu mendatangkan bau yang kurang menyenangkan namun penyanyi itu mahu melihat kesan yang positif terhadap mukanya dengan segera.

Sumber berkata, Harry benar-benar gembira dengan rawatan ‘tahi burung’ itu kerana dia melihat wajahnya semakin berseri dan bercahaya. - mstar.com.my

0 Comments

Post a Comment