Wednesday 27 March 2013

Petua kurangkan sakit segugut


Petua hilangkan sakit segugut
| Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Masalah segugut adalah normal bagi perempuan dan luar biasa jika ada pada lelaki. Bagi menghilangkan sakit perut akibat senggugut cuba beberapa petua ini.

1. Ambil bawang merah dan hancurkan. Kemudian sapu dan urut-urut pada bahagian perut atau ari-ari yang sakit. Tidak lama selepas itu anda akan merasa lega sendiri.

2. Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar hingga menjadi arang lalu ditumbuk halus.Campurkan secawan air suam dan minum sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

3.Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didaulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.

 Selamat mencuba.

Sumber : Blog Apih

0 Comments

Post a Comment