Thursday 22 December 2011

Tapis sendiri filem yang akan ditayangkan

PUTRAJAYA: Mulai tahun depan, semua penerbit dan pengeluar filem tempatan dan antarabangsa akan menapis sendiri filem yang akan ditayangkan di panggung wayang dan televisyen di negara ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam, berkata pendekatan itu dilaksanakan berikutan konsep keterbukaan yang digunapakai kementerian, selaras dengan usaha mengembangkan industri seni tanah air.

“Menerusi pendekatan ini, pihak industri sendiri yang akan menapis dan menentukan filem berkenaan layak ditayangkan, manakala Lembaga Penapisan Filem (LPF) akan mengklasifikasikan filem berkenaan mengikut kategori yang akan ditetapkan kelak.

“Sebagai permulaan kita akan membenarkan penayangan dua filem iaitu Hantu Kapcai dan satu lagi filem (nama dirahsiakan) di panggung wayang tidak lama lagi walaupun terdapat unsur yang bertentangan dengan akidah umat Islam.

“Kita mahu rakyat atau penonton berfikir dan menapis sendiri filem yang akan ditayangkan kerana mereka cukup matang untuk membuat pilihan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Halatuju Kawalan dan Penapisan Filem di Malaysia di sini, semalam. Mahmood berkata keterbukaan itu bermakna kerajaan tidak akan menyekat penayangan filem termasuk mengandungi unsur lucah atau adegan ranjang, tahyul, khurafat atau menghina agama Islam kecuali ia melampau batas.

“Kita tak cakap kita tak tapis, tapi penggiat filem diberi kelonggaran. LPF, Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan penguatkuasaan kementerian akan menjadi penasihat dan pemerhati kepada industri.
“Sekiranya mereka mendapati filem yang akan ditayangkan mempunyai unsur melampaui batas dan tidak mengikuti garis panduan yang dipersetujui bersama antara pihak industri dan kerajaan, mereka akan menyekat penayangan filem berkenaan,” katanya.

Bagaimanapun, Mahmood berkata, KDN bersama agensi kerajaan lain dan pemilik panggung wayang akan menyiarkan notis amaran pada skrin di panggung wayang untuk memaklumkan kepada masyarakat atau penonton sekiranya terdapat unsur lucah atau adegan ranjang dan menghina atau menyentuh sensitiviti kaum dan agama.

sumber : metro
Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

3 Comments:

  1. @khairul tu la..producer mana yg nak buang scene yang susah payah diorang shoot kan...

    ReplyDelete
  2. macam nie pulak.. macam tu kalau penerbit rasa ok, ok la bagi depa. hope penerbit matang dalam perkara nie nnt kan adam? :P

    ReplyDelete