Keputusan itu diambil oleh lembaga disiplin selepas melakukan siasatan yang panjang dan sesi perbiacaraan bahawa Suarez melakukan kesalahan itu.
Selain digantung perlawanan Suarez juga dikenakan denda 40,000 pound.
Kesalahan itu dilakukan terhadap Evra ketika pertemuan Liga Perdana Inggeris antara Liverpool-United yang berkesudahan seri 1-1 di Anfield, 15 Oktober lalu.
Suarez menyifatkan hukuman itu amat berat dan menyulitkannya.
“Hari ini adalah hari yang sungguh sukar dan menyakitkan bagi saya serta keluarga saya. Terima kasih atas sokongan, saya akan terus bermain," kata pemain antarabangsa Uruguay berusia 24 tahun menerusi mesej Twitter.
Evra mendedahkan bahawa Suarez mengeluarkan kata-kata bersifat perkauman terhadapnya lebih 10 kali sepanjang perlawanan itu. - AFP
walaupun Suarez di gantung, LIVERPOOL tetap akan menang.. huhu
Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter
Make Your Own Gifts Here
Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com
0 Comments
Post a Comment