Wednesday, 21 December 2011

Cara menuntut baucer buku RM200 Pelajar IPTA, IPTS, Politeknik

CARA TUNTUT BAUCER BUKU RM200 PELAJAR IPTA,IPTS,POLITEKNIK| Kementerian Pengajian Tinggi ingin memaklumkan pelaksanaan pemberian baucar buku bernilai RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012 kepada pelajarIPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6, seperti berikut

1. Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D, matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di Tingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.

2. Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melaluiIPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.

3. Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, berserta Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / Nombor Pendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan padasetiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.

4. Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.

5. Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;

6. Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;

7. Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.

8. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.
Semoga dengan bantuan baucer buku RM200 ini dapat meringankan serba sedikit perbelanjaan bagi pembelian buku bagi pelajar yang akan menyambung pembelajaran pada tahun 2012

Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment