Sunday 11 December 2011

SPNB perkenal binaan Rumah Mesra Rakyat lebih selesa

IPOH 11 Dis. - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang berkonsepkan reka bentuk hijau yang lebih selesa mulai tahun depan.

Pengarah Urusannya, Datuk Dr. Kamarul Rashdan Salleh berkata, sebanyak 10,000 unit RMR yang diluluskan di dalam Bajet 2012 akan dibina dengan konsep demikian.

Beliau berkata, empat reka bentuk baru akan ditawarkan dengan kos sebuah unit kira-kira RM65,000 yang RM20,000 daripadanya akan diberi subsidi oleh kerajaan.

Kerajaan akan menanggung jumlah keseluruhan subsidi itu sebanyak RM200 juta.

Kamarul Rashdan berkata, rumah-rumah tersebut berkeluasan 1,000 kaki persegi berbanding 866 kaki bagi reka bentuk asal.

Antara keistimewaan lain yang turut disediakan pada rumah pasang-siap itu ialah ia diperbuat daripada komponen yang dapat menyerap haba panas serta tempat menadah air hujan.

Reka bentuk sebegitu adalah bagi memenuhi saranan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) pada tahun 2009 supaya rumah RMR dibina dengan memberi lebih keselesaan kepada penghuninya, katanya kepada pemberita selepas menyerahkan kunci RMR kepada seorang penerima di sini hari ini.

Kamarul Rashdan berkata, bagi mengurangkan beban rakyat untuk memiliki rumah tersebut, tempoh pembayaran baliknya akan dipanjangkan kepada 25 tahun yang pemilik hanya perlu membayar sekitar RM150 bulan sepanjang tempoh itu. - Bernama

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment