Thursday 8 December 2011

Pos Malaysia terbitkan setem khas

Sumber | sinar harian
KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Bhd akan mengeluarkan koleksi setem dan filateli bertemakan Institusi Diraja yang memaparkan tiga Alat Kebesaran Diraja dan akan dijual kepada umum bermula 12 Dis ini.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulannya Shukrie Salleh berkata pihaknya berbangga kerana berpeluang mengeluarkan setem keluaran eksklusif mengenai Institusi Diraja ini menerusi penerbitan setem khas, sampul surat hari pertama dan 'folder'.

"Usaha Pos Malaysia ini diharap dapat meningkatkan penghargaan masyarakat terhadap sejarah dan warisan Institusi Diraja yang wajar dibanggakan oleh rakyat Malaysia," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia, Yasmin Ramli berkata Alat Kebesaran Diraja yang terdapat pada koleksi keluaran setem kali ini terlebih dahulu telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan pada 16 Mac 2009.

"Pos Malaysia menyasarkan pengumpul setem dalam dan luar negara bagi keluaran kali ini yang mana bilangan cetakan adalah terhad dan tidak akan dicetak semula. - sinar harian

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment