Thursday 15 December 2011

Pengemaskinian maklumat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) cuti belajar Kementerian Pelajaran Malaysi (KPM) bagi tujuan tawaran opsyen SBPA

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) CUTI BELAJAR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) BAGI TUJUAN TAWARAN OPSYEN SARAAN BARU PERKHIMATAN AWAM (SBPA)


Bahagian Tajaan Pendidikan (BT) sedang dalam tindakan mengumpul maklumat perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang sedang Cuti Belajar bagi tujuan pemilihan opsyen Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). 

Sehubungan itu, dipohon kerjasama pihak berkenaan untuk mengemukakan maklumat PPP yang sedang bercuti belajar di bawah seliaan pihak berkenaan seperti di Lampiran A. Untuk makluman anda, maklumat yang perlu disi adalah bagi perkhidmatan sedia ada PPP yang merangkumi gred jawatan terkini, Skim Saraan sedia ada, opsyen persaraan sedia ada dan juga maklumat tangga gaji terkini sehingga 31 Disember 2011.

Kerjasama anda amatlah dihargai untuk mengembalikan Lampiran A yang telah dilengkapkan selewat-lewatnya pada 19 Disember 2011 melalui email kepada bt.kaunter@moe.gov.my. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas mohon untuk menghubungi Puan Nor Fazila Binti Fauzi di talian 03-8321 7038 atau Nor Farizah Binti Ishak di talian 03-8321 7056.

sumber : Kementerian Pelajaran Malaysia

Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment