gambar hiasan | google |
Kumpulan 40 penuntut dari program pertukaran pelajar antarabangsa Universiti Sains Malaysia itu jelas teruja melihat 80 kanak-kanak lelaki melalui proses yang dituntut agama Islam tersebut.
"Ini kali pertama saya menyaksikan majlis ini dan saya berasa bertuah,” kata Fredrik Blom, 22, yang tidak sabar mahu berkongsi pengalaman tersebut dengan rakan dan keluarganya di Sweden.
Bagi Carli McKinto, 24, dari Finland, pengalaman itu amat berharga kerana beliau berpeluang melihat satu proses transformasi seorang kanak-kanak melangkah ke alam dewasa.
Pelajar dari Thailand Nattaporn Pranatavanich, 22, pula berkata majlis berkhatan beramai-ramai ini unik.
"Adat berkhatan ini unik dan perlu diberi perhatian oleh masyarakat,” katanya dan disokong oleh rakannya dari Indonesia Fani Wijaya.
Kata Fani, adat berkhatan di negara ini berbeza dengan cara berkhatan di tempat asalnya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Inap Desa Mukim Relau, Abdul Razak Abdul Hamid berkata, kumpulan penuntut berkenaan sedang mengikuti program inap desa di kampung tersebut.
"Bagi memeriahkan suasana, kita libatkan mereka dalam perarakan kanak-kanak berkenaan,” katanya menambah majlis itu dianjurkan Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Kulim/Bandar Baharu. - Bernama
Tweet
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
0 Comments
Post a Comment