Thursday 19 May 2011

Khasiat tumbuhan GINGKO BILOBA L

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca blog saya..
untuk entry kali ini saya ingin menceritakan tentang buah-buah yang menyihatkan untuk kita.. dan untuk kali ini saya akan ceritakan tentang Gingko..


Apa itu Gingko?


Gingko atau nama latinya Gingko Biloba L. Ia merupakan pokok yang paling tua hidup di dalam bumi ini dan sebatang poko itu mampu mencapai sehingga 1000 tahun jangka hayat hidup.Pokok ini mampu mecapai tahap ketinggian sehingga 100 kaki tinggi..Tinggi kan..hmmm..daunya rata berbentuk macam kipas dan mempunyai 2 lobus atau orang panggil cuping..Tumbuhan ini,dimana tumbuhan jantan dan betina muncul pada poko yang berbeza..(ingat manusia je ke yang ada jantina ^^)..Bagi sesetengah kepercayaan pokok ini dianggap suci.Contohnya pengamal perubatan tradisional China telah menggunkan gingko untuk merawat asma dan bengkak yang disebabkan oleh kesejukkan pada tangan dan kaki.Mereka memakan biji gingko yang dipanggang sebagai ubat penghadaman dan untuk mencegah kemabukkan..Pengamal perubatan tradisional Ayurveda India pula mengaitkan gingko dengan kehidupan yang panjang..


credit to google


Kegunaan dan kebaikan Gingko


Ia juga dikenali sebagai herba perubatan yang mampu membantu mencegah dan merawat pelbagai keadaan penyakit berkaitan dengan peningkatan usia, termasukalah Alzheimer, strok, penyakit jantung, mati pucuk, kurang pendengaran, kebutaan dan kehilangan ingatan. Gingko digunakan secara meluas di Eropah terutamanya untuk merawat dementia.Ianya digunakan berkaitan dengan kebolehanya untuk memperbaiki peredaran darah ke otak dan kerana kandungan antioksidanya. 


Mampu kurangkan masalah retina?


Flavonoid yang terdapat dalam gingko dikatakan mampu memberhentikan atau mengurangkan beberapa masalah retina(masalah dibelakang bahagian mata). Kerosakan ini boleh disebabkan oleh beberapa masalah antaranya Diabetes dan Penyakit mata yang cenderung memberi kesan terhadap orang tua. Herba ini telah dijadikan bahan kajian untuk pesakit yang menghidapi masalah peredaran darah yang tidak secukpnya di kaki. Terdapat satu kajian di barat mendedahkan bahawa pesakit yang mengambil gingko cenderung untuk berjalan 34meter lebih daripada yang tidak mengambilnya. Namu begitu senaman yang tetap lebih bagus dari mengamal gingko sahaja..


credit to google



0 Comments

Post a Comment