Tuesday 13 December 2011

Noor Arfa raih Anugerah Usahawan Mara bidang korporat

Noor Arfa Holding Sdn Bhd
Noor Arfa raih Anugerah Usahawan Mara bidang korporat | KUALA TERENGGANU 13 Dis. – Pengusaha songket dan batik tersohor di Terengganu, Noor Arfa Holding Sdn Bhd, memenangi Anugerah Usahawan Mara 2011 bagi kategori korporat.

Timbalan Pengarah Mara Negeri, Mohd Tahir Mat Yusofh berkata, anugerah berkenaan yang memberi pengiktirafan kepada usahawan yang cemerlang, akan menggalakkan usahawan meningkatkan usaha.

“Ini sebagai suntikan semangat kepada usahawan-usahawan bumiputera bagi meningkatkan usaha supaya mereka terus maju pada masa akan datang,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, Noor Arfa Holding yang mempunyai kilang di Terengganu dan Melaka telah dicalonkan oleh Mara Terengganu pada 2010 untuk kategori yang sama tetapi tidak berjaya.

Mohd Tahir berkata, syarikat itu diterajui Wan Mohd Ariffin Wang Long, 55, bekas pembantu makmal Pusat Kraftangan Terengganu, dibantu isterinya, Noor Hijerah Hanafiah, 54 tahun.

Noor Arfa Holding merupakan syarikat yang berjaya di Terengganu dan menerima banyak kemudahan Mara yang menjadi antara kriteria memenangi anugerah itu. – Bernama

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment