Tuesday 13 December 2011

10 pemain Lions XII berusia 23 ke atas sertai Liga Malaysia

10 pemain Lions XII berusia 23 ke atas sertai Liga Malaysia | SHAH ALAM 13 Dis. – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membenarkan khidmat 10 pemain Lions XII yang melebihi usia 23 tahun ke atas menyertai Liga Malaysia musim depan berdasarkan perjanjian empat tahun yang ditandatangani antara FAM dengan Persatuan Bolasepak Singapura (FAS) di Wisma FAM, pada 12 Julai lepas.

Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, perjanjian tersebut membenarkan pasukan Lions XII dan juga Harimau Muda A sahaja untuk mengambil 25 pemain bawah 23 tahun dan tambahan 10 pemain melebihi 23 tahun.

Inisiatif tersebut merupakan salah satu pembaharuan FAM dalam Liga Malaysia musim depan, katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat dan undian Liga Malaysia musim 2012 di sini.

Pada 5 Disember lepas, FAS telah mengumumkan senarai 28 pemain untuk skuad tersebut yang bersaing dalam Liga Malaysia musim depan sebagai pertukaran dengan Harimau Muda A yang akan bersaing dalam Liga Singapura.

Antara pemain skuad tersebut yang melebihi usia 23 tahun ialah pemain pertahanan Juma”at Jantan, 27; pemain tengah Isa Halim, 25; dan Shahril Ishak, 28; serta penyerang Agu Casmir, 27.

Hamidin berkata, perjanjian itu turut bersetuju bahawa pertandingan ”National Series” yang melibatkan kedua-dua negara akan diwujudkan kembali bermula pada bulan Jun depan. – Bernama


Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment