Tuesday 13 December 2011

Exxon Mobil rancang edar 900 topi keledar

Exxon Mobil rancang edar 900 topi keledar | KUALA LUMPUR – Syarikat Exxon Mobil akan mengedar 900 topi keledar kepada penunggang motosikal di sekitar Lembah Klang menerusi Program Advokasi Topi Keledar Motosikal di beberapa tempat bulan ini.

Pengurus Peruncitan Kawasan, Exxon Mobil, Abidah Alip berkata, program itu menyasarkan penunggang yang tidak menggunakan topi keledar mengikut piawaian yang ditetapkan, di samping mendidik mereka mengutamakan keselamatan.

"Syarikat membelanjakan RM90,000 bagi menjayakan program ini,” katanya di Stesen Esso Jalan Sungai Buloh-Subang dekat sini hari ini, di mana 150 topi keledar diedar kepada pengguna yang melalui atau berhenti di stesen minyak itu.

Program itu, yang mendapat kerjasama polis, Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan Jabatan Pengangkutan Jalan, juga akan diadakan di Stesen Esso Taman Sri Gombak dan Stesen Esso Bandar Sri Damansara 3. – Bernama

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment