Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muzaffar Hisham berkata, Maybank Islamic terus berdiri kukuh sebagai bank komersial Islam terbesar di negara ini dan nombor satu di rantau Asean dengan pegangan pasaran pembiayaan Islam sebanyak 27 peratus dan depositnya 21 peratus pada tahun kewangan berakhir Jun lalu.
Menurut beliau, Maybank Islamic terus mencatatkan pertumbuhan pembiayaan kukuh melalui perniagaan borong, perbankan korporat dan perniagaan sukuk.
“Pada tahun kewangan berakhir Jun 2011, Maybank Islamic turut mencatatkan jumlah aset terkumpul RM66 bilion. Seperti tahun sebelumnya, kami akan terus memfokuskan kepada perkembangan perniagaan sedia ada dan melihat kepada prospek terbaru di Asean, terutama pasaran Indonesia.
“Matlamat kami adalah untuk meningkatkan operasi perbankan Islam bukan saja di Malaysia, tapi juga di seluruh rantau dan ia berkembang dengan baik. Ini disebabkan kepelbagaian produk yang mematuhi syariah, berinovasi dan memenuhi kehendak lapisan pengguna,” katanya ketika sidang media pelancaran kerjasama strategik Lembaga Tabung Haji dan Maybank Islamic Berhad di Ibu Pejabat Tabung Haji di Kuala Lumpur.
Melalui perjanjian itu, transaksi Lembaga Tabung Haji boleh dibuat di semua rangkaian Kumpulan Maybank membabitkan pengeluaran wang, simpanan, pindahan daripada akaun Tabung Haji ke akaun yang lain, pindahan wang dari akaun Tabung Haji ke Maybank dan pertanyaan baki simpanan.
Malah, buat pertama kalinya pendeposit Tabung Haji boleh membuat pendaftaran untuk menunaikan haji melalui ATM Maybank, sekali gus menjadikan Maybank Islamic sebagai bank pertama yang menawarkan perkhidmatan pendaftaran haji secara elektronik.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji, Datuk Kamarudin Mat Ali, berkata transaksi elektronik Tabung Haji melalui ATM dan CDM melalui kerjasama Bank Islam dan Bank Rakyat sebelum ini merekodkan 2.47 juta transaksi bagi 2010 dan sebanyak 2.72 transaksi sehingga 15 November lalu.- metro
Tweet
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
0 Comments
Post a Comment