gambar hiasan | google |
Aktiviti sindiket itu terbongkar selepas seorang suri rumah dari Melaka yang menjadi mangsa tampil membuat laporan polis pada November lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, mangsa terjerat dengan sindiket itu setelah berkenalan dengan salah seorang daripada anggota kumpulan penjenayah itu melalui laman webAsiaDating.com di Internet pada Ogos lalu.
Beliau berkata, dalam perkenalan tersebut, suspek dipercayai warga Nigeria telah menyamar kononnya lelaki Inggeris dari Britain dan bekerja sebagai ahli kimia dengan syarikat Petronas di negara ini.
"Setelah sebulan berkenalan, suspek mula memerangkap mangsa dengan memperdayakan suri rumah itu agar membantunya membayar cukai keuntungan kerajaan (GST), levi dan cukai pendapatan konon bagi membolehkannya menyambung kontrak bekerja dengan Petronas," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di Bukit Perdana di sini hari ini.
Syed Ismail berkata, disebabkan percaya dan dijanjikan keuntungan lumayan jika menjadi pemegang amanah bagi kontrak itu, mangsa tanpa berfikir panjang bersetuju memasukkan wang secara berperingkat melalui akuan milik beberapa individu tempatan di negara ini.
Katanya, mangsa hanya menyedari ditipu setelah membuat pembayaran sebanyak RM315,000 dalam tempoh tiga bulan berkenalan dan gagal menghubungi suspek selepas itu.
"Hasil maklumat mangsa, sepasukan anggota polis dari Bahagian Risikan, JSJK Bukit Aman menjalankan siasatan dan berjaya memberkas enam anggota sindiket, masing-masing dua wanita dan lelaki tempatan serta dua lelaki Nigeria kelmarin.
"Empat rakyat tempatan ditahan di Seri Petaling dan Sungai Besi di sini serta Sungai Mati, Muar, Johor manakala dua lelaki Nigeria dicekup di sebuah pangsapuri di Taman Putra Perdana, Puchong dekat sini," katanya.
Dalam serbuan itu, Syed Ismail berkata, polis turut merampas lapan unit telefon bimbit, empat keping kad ATM, dua komputer dan sekeping kad kredit dipercayai digunakan sindiket untuk memperdayakan mangsa.
Beliau berkata, siasatan mendapati rakyat tempatan terbabit bersekongkol dengan dua lelaki Nigeria yang mendaftar sebagai pelajar di Kolej Boston Web dan Kampus Teknik Puchong itu dengan membenarkan akaun mereka digunakan.
Katanya, keenam-enam suspek telah dibawa ke Melaka untuk didakwa di mahkamah semalam, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Tweet
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
hamlau..
ReplyDelete